Get InstaForex 100% Rebate by Register with VersatileFX now !!!

Quantitative Easing



















Pada dasarnya QE bermaksud Quantitative Easing  dan X mewakili pusingan fasa.
QE adalah suatu dasar kewangan yang digunakan oleh bank-bank pusat untuk merangsang ekonomi apabila dasar kewangan yang sedia ada tidak berkesan untuk menangani inflasi.



 

 

 

 

 

 

Inflasi yang rendah dan stabil adalah penting kepada ekonomi negara untuk berkembang maju dan makmur.


Bank Pusat biasanya mensasarkan untuk mengekalkan inflasi pada sasaran 2% seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Bank pusat biasanya akan menggunakan kadar faedah untuk mengawal inflasi dengan menetapkan kadar faedah keatas sesebuah institusi kewangan yang membuat pinjaman.

Mengapa kadar inflasi yang rendah itu perlu?

Inflasi yang tinggi akan menyebabkan kenaikan harga barangan! Ketidakstabilan kadar inflasi akan membebankan sektor isi rumah dan syarikat. Mereka sukar untuk melihat bagaimana harga barangan individu berubah berbanding antara satu sama lain. Dan ketidakpastian (harga masa hadapan) akan menjadikan ia lebih sukar untuk memeterai kontrak jangka panjang.

Dalam sejarah, inflasi yang tinggi lebih cenderung untuk menjadi tidak stabil.


Perbelanjaan di United Kingdom menjadi perlahan dengan ketara pada lewat 2008 kerana kelembapan ekonomi global yang semakin teruk. Jadi Bank Pusat mengurangkan kadar bank yang besar bagi mengurangkan risiko inflasi dan jatuh jauh di bawah sasaran sebenar yang ditetapkan (2%)


Matlamat yg sama, cara yang berbeza


Apabila Bank mendapati risiko inflasi sangat rendah, ia akan bertindak memotong bank rate yakni dengan cara mengurangkan faedah nilai harga bank pusat. Akan tetapi, kadar faedah tidak boleh jatuh di bawah sifar. Jadi jika kadar ini hampir sifar tetapi masih terdapat risiko ketara inflasi yang sangat rendah, Bank boleh meningkatkan kuantiti wang. Dalam erti kata lain, menyuntik wang terus ke dalam ekonomi. Proses ini biasanya dikenali sebagai QE (kelonggaran kuantitatif, mencetak lebih banyak wang baharu atau pembelian aset).


Sebagai contoh: Di UK, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara (MPC) bermesyuarat setiap bulan untuk membincangkan perkembangan ekonomi dan prospek inflasi. Pada mesyuarat itu, MPC akan membincangkan kadar bank. Ia juga boleh memutuskan sama ada untuk menyuntik wang terus ke dalam ekonomi atau tidak. Dan jika ya, ia akan menentukan berapa banyak nilai yang akan disuntik. MPC membuat keputusan secara bebas daripada kerajaan.






Pembekalan lebih wang - mengapa ia diperlukan?


Wang dalam ekonomi moden terdiri daripada tunai dan deposit di bank.Kebiasaannya, jumlah wang akan tumbuh setiap tahun.
Di masa lalu, pernah terjadi wang telah berkembang terlalu pesat dalam sesuatu tempoh. Terlalu banyak wang beredar dalam ekonomi ketika itu. Dan akhirnya menyebabkan inflasi yang terlalu banyak.

Tetapi jika ekonomi menjadi lemah dengan mendadak seperti pada bulan-bulan akhir tahun 2008, masalahnya adalah berbeza. Disini terdapat risiko terlalu sedikit edaran wang dalam ekonomi. Kerana inilah penambahan wang diperlukan. Ini kerana bekalan wang yang cukup perlu untuk ekonomi terus berkembang dan seterusnya  menjamin inflasi kekal pada sasaran kerajaan.





MPC akan membuat keputusan untuk menyuntik wang secara langsung ke dalam ekonomi tidak melibatkan mencetak lebih banyak wang kertas. Sebaliknya, Bank membeli aset daripada sektor swasta institusi yang boleh menjadi syarikat insurans, dana pencen, bank-bank atau firma bukan kewangan dan secara tidak langsung menyuntik kredit ke akaun pihak tersebut. Jadi penjual mempunyai lebih banyak wang di dalam akaun simpanan mereka, manakala bank mereka memegang tuntutan yang sepadan terhadap Bank Pusat (dikenali sebagai rizab). Dan ini sudah pastinya membuatkan lebih banyak wang keluar ke dalam ekonomi yang lebih luas.

MPC boleh memilih untuk membeli pelbagai aset. Sebagai contoh, pada Mac 2009 MPC di United Kingdom memutuskan untuk membeli dua jenis aset iaitu bon kerajaan UK (dikenali sebagai gilts) dan hutang berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat swasta.  Peningkatan majoriti pembelian dalam gilts membolehkan bank untuk meningkatkan kuantiti wang dalam ekonomi pesat. Sasarkan pembelian aset sektor swasta harus membuat ia lebih mudah dan lebih murah bagi syarikat untuk meningkatkan kewangan dengan memperbaiki keadaan dalam pasaran kredit korporat.

Pendekatan perbelanjaan secara dua hala boleh dirangsang dalam pelbagai cara.


Pembekalan lebih banyak wang. Bagaimana ia berjalan?

 

Suntikan langsung wang ke dalam ekonomi, terutamanya dengan membeli bon kerajaan (gilts) akan mempunyai kesan. Penjual aset yang mempunyai lebih banyak wang dan mungkin mereka boleh keluar dan membelanjakanya. Ini secara tidak langsung akan membantu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Atau mereka boleh membeli aset-aset lain dan bukannya seperti saham atau bon syarikat. Ini akan mendorong harga aset tersebut naik dan menjadikan pemilik pegangan ini sama ada secara langsung atau melalui dana pencen mereka lebih selesa. Dan mereka semestinya boleh keluar dan berbelanja lebih! Manakala harga aset yang lebih tinggi bermakna hasilnya akan lebih rendah, dengan ini akan membuatkan kos pinjaman untuk perniagaan dan isi rumah menurun. Cara ini pula semestinya mendorong mereka meningkatkan lagi perbelanjaan.

Di samping itu, bank akan dapat memegang lebih banyak rizab. Dengan ini mungkin akan mendorong mereka untuk meningkatkan pinjaman kepada pengguna dan sektor perniagaan yang sekali lagi menjadikan peningkatan pinjaman dan perbelajaan. Ini menjelaskan jika bank bimbang tentang pertumbuhan kewangan mereka, mereka boleh memilih untuk memegang rizab tambahan tanpa meningkatkan pinjaman. Kerana sebab ini Bank Pusat membeli banyak aset daripada ekonomi yang lebih luas berbanding dengan bank-bank .Wang banyak diperolehi melalui ekonomi yang menghasilkan perbelanjaan yang lebih tinggi yang secara tidak langsung menggalakan pertumbuhan ekonomi

Kebiasanya, Bank pusat tidak campur tangan dalam pasaran aset sektor swasta dengan membeli atau menjual mana-mana hutang sektor swasta. Tetapi dalam keadaan tertentu, campur tangan mungkin perlu! Contohnya, apabila kredit pasaran korporat mula disekat ketika krisis kewangan yang melanda menjelang akhir tahun 2008. Pembelian hutang sektor swasta oleh Bank of England boleh membantu membuka sekatan pasaran kredit korporat dan secara langsung meyakinkan pelabur bahawa ada pihak pembeli sekiranya mereka ingin untuk menjual. Dengan cara ini ia dapat membantu menurunkan kos pinjaman, membuat ia lebih mudah dan lebih murah bagi syarikat untuk meningkatkan pembiayaan dimana mereka boleh melabur dalam perniagaan mereka. 

Keseluruhanya, Pembelian dari Bank of England keatas kedua-dua bon kerajaan & korporat juga meningkatkan jumlah permintaan untuk kedua-dua aset dan akan menaikkan nilainya. Ini juga adalah cara lain di mana tindakan Bank membuat harga lebih murah bagi syarikat untuk meningkatkan pembiayaan/kewangan.