Get InstaForex 100% Rebate by Register with VersatileFX now !!!

Asas Forex

Forex ... Binatang apa Forex ni eh? Dinosour ke? HaHa...

Istilah Forex atau FX diambil daripada singkatan FOReign EXchange atau Tukaran Matawang Asing.  Forex berlaku apabila anda menjual (SELL) matawang negara anda dan membeli (BUY) matawang negara lain. Contohnya, jika anda melancong ke Jepun, anda perlu menjual matawang Ringgit (MYR) dan membeli matawang Yen (JPY).


Pasti ada yg pernah terbayang jika ditukarkan RM kepada YEN maka kita akan menjadi kaya dgn mudah. Mungkin juga ada yg pernah t'fikir kalo kita tukarkan RM4 kepada YEN, maka kita boleh dapat 100 yen, tu baru RM4... Kalau RM4000? dah jadi 10k yen tu... kaya2....HuHu...

HaHa... Bukan semudah tu nak jadi kaya dgn FOREX.... kalau macam tu la boleh jadi kaya, senang juga la nak jadi miskin.... beli 4 tin Coke dah hangus 400 yen... KehKehKeh... mase tu baru la anda sedar 400 yen lebih kurang RM4 je... yg membezakan, angka-angka tu je... HaHaHa

Forex merupakan pasaran kewangan terbesar di dunia dengan nilai transaksi harian melebihi $4 TRILLION SEHARI! Ia jauh mengatasi pasaran-pasaran lain seperti Saham, Komoditi, Logam, NYSE, Hang Seng dan macam2 lagi..

Senang cerita camni la... Penah korang tengok BULETIN UTAMA? mesti ade kan... mesti anda pernah dgr "Index NYSE dan Nikkei menokok hari ini kpd bla bla bla..." dan membayangkan betapa besarnya pelaburan gergasi2 ni... sebenarnya, kalau nak dibandingkan dgn Forex, rupenya lebih kurang macam ni....



HaHa... besar x Forex?
Ni pulak perbandingan urusniaga dlm bentuk carta...





Lagi senang nak faham kan??
Ok.. Begitu lah perbezaan forex dgn bursa2 lain... anda pun dah tau apa tu Forex kan? jadi cukup la tok merapu  pasal perkara ni lagi...


Skang tok nak crite pasal PROSEDUR dlm FOREX pulak..

Dlm pasaran Forex ni ada yg membeli (buyer) dan ada yg menjual (seller)

Obejektif dlm Forex market ni mudah je, kita akan membuat jangkaan utk menjual (SELL) atau membeli (BUY) matawang tu...

Tapi sebelum tu tok nak tunjukan macamana prosedur berniaga dlm forex..


KADAR TUKARAN


Kadar tukaran ni adalah nisbah bagi satu matawang dgn satu matawang yg lainya...
Kita amik contoh Gbp/Usd (Great Britain Pound vs US Dollar)
Kalau kita tgk kat chart Gbp/Usd kita nampak nilai semasanya menaik dan menurun setiap minit...


Ok.. tu sume org tau kan? skang tok nak citer benda yg ramai newbie tak tau... setiap urusniaga antara matawang ni disebut sebagai "PAIR" seperti Gbp/Usd atau Usd/Jpy... semua sedia maklum apa tu PAIR kan?

Ape yg tok nak kongsikan, dlm PAIR ni ade istilah "BASE" dan "QUOTE"

Apa pula BASE & QUOTE ni???

Jadi, baca lah penjelasan ni...


Dalam setiap urusniaga pertukaran asing kita akan membeli satu satu matawang ni dan menjual yang satu lagi. berikut contoh PAIR bagi Great Britain Pound (GBP) dan US Dollar (USD):



Matawang pertama yg disenaraikan di sebelah kiri (GBP) dikenali sbgai matawang "BASE" manakala yg kedua pulak (USD) dikenali sbgai matawang balas atau "QUOTE".

Bila kita membeli (BUY), harga semasa yg kita nampak kat chart tu memberitahu kita berapa banyak kita perlu bayar dalam unit mata wang sebut harga utk membeli satu unit matawang BASE. Dlm contoh di atas, kita perlu bayar USD1.5528 untuk membeli 1 British pound. Baca lagi sekali kalo tak faham...

Bila menjual (SELL) pulak, harga semasa tu memberitahu kita berapa banyak unit matawang sebut harga yg kita dapat apabila menjual satu unit matawang BASE. Dlm contoh di atas lagi, kita menerima USD1.5528 bila kita menjual 1 British pound. Dah faham??

Matawang BASE adalah "ASAS" untuk BUY atau SELL. Sebagai contoh, jika kita BUY di GBP / USD, bermaksud kita membeli matawang BASE (GBP) dan pada masa yang sama menjual matawang QUOTE (Usd). Dlm ertikata lainya, bila kita BUY di GBP/USD, kita membeli matawang GBP dan pada masa sama menjual matawang USD... Begitu tu juga sebaliknya.. jika kita menjual di GBP/USD, bermakna kita menjual matawang GBP dan pada masa sama kita membeli matawang USD... Simple kan?

Jadi cara kita trade adalah BUY di Gbp/Usd bila kita percaya matawang BASE (GBP) akan meningkat nilai relatif berbanding matawang QUOTE (USD). Dan kita akan SELL di GBP/USD bila kita percaya matawang BASE (GBP) akan susut (hilang nilai) relatif berbanding matawang QUOTE (USD).

KELEBIHAN FOREX


* Anda akan mendapat pulangan yang lumayan dan pantas berbanding pelaburan lain, dengan menggunakan sedikit sahaja masa, tenaga dan modal* Tiada yuran, Tiada cukai pertukaran, Tiada cukai kerajaan, Tiada cukai dari broker. Yg ada hanya sedikit komisen utk perkhidmatan yg broker sediakan (SPREAD)
* Komisen pun rendah.. biasanya 3 ke 9 pips je.. (bergantung kpd PAIR)
* Tiada orang tengah
* Lot ikut suka bergantung pada modal...
* 24 jam/ 5 hari seminggu...
* Laverage tinggi dari 1:1 ke 1:1000
* Urusniaga di hujung jari anda. Boleh set TAKE PROFIT atau STOPLOSS  tanpa perlu bersusah payah menghadap depan komputer je...
* Ade akaun DEMO utk anda praktis
* 100% keuntungan adalah milik anda, tak perlu dikongsi dengan sesiapa
* Anda tidak perlu bersusah-payah mencari klien, pelanggan, downline atau menjual barang.
* Forex adalah market 2 hala. Ertinya, anda boleh menjana wang ketika harga naik dan juga ketika harga turun

Namun begitu, FOREX BUKANLAH MUDAH KALAU ANDA TAK ADA ILMU DAN KEMAHIRAN YANG BETUL!! Anda mungkin akan kerugian beribu-ribu (atau puluhan ribu, dan mungkin juga ratusan ribu) ringgit dalam masa beberapa hari (atau jam) sahaja!



Ok.. Jom cerita tentang macamana nak analisis dlm pasaran


ANALISIS DALAM PASARAN FOREX


Cuba anda perhatikan gambar diatas... Stabil x kalau utk kita duduk kalau x ada 1 kaki ?

Ya.... boleh je duduk... tapi nasib lah... kalau x kena gaya boleh jatuh dan memudaratkan...
mcm tu jugak analisis dlm forex ni... kita kena guna ketiga- tiga jenis analisa ni utk mendapatkan signal yg kukuh...

Anda mesti nak tau pasal benda ni kan?
ok.. mari kita mulakan...

ANALISIS TEKNIKAL

Teknikal Analisis adalah satu kajian yg menggunakan chart bagi melihat pergerakan harga yang lepas utk menjangkakan pergerakan price yg akan datang...
Secara teorinya, setiap perkara yang berlaku ada ‘Geometrik Pattern’. Ramai para teknikal analisis percaya "HISTORY REPEAT ITSELF" atau dlm versi Tomok, "SEJARAH MUNGKIN BERULANG"

Kenapa mesti kena guna teknik ni??

1.  Untuk mendapatkan aras2 support & resistance... dua benda ni  perlu anda tau utk meletakan stoploss atau takeprofit... dan yg lebih pentingnya, supaya anda x buy di resistance atau sell di support... Kalau buat jugak, nasib korang la...
2.  Kurang risiko... kebanyakan teknikal analisis yg menggunakan "chart pattern" atau "fibonacci tools" lebih kurang risikonya daripada teori lain..
3.  Mudah... kalau x pandai pun masih boleh trade...
4.  Keupayaan mengawal emosi... anda tidak akan masuk market secara terburu- buru... Dan bagi mereka yg trade overnight, x perlu risau sangat... Kerana anda dah tau mane price akan menuju...

Selain dari chart pattern, teknikal analisia juga ada menggunakan indicator-indicator tambahan bagi menambah keyakinan pelabur...
antaranya...

1. Moving Average
2. MACD (Moving Average Convergence Divergence)
3. Bollingger Bands
4. RSI (Relative Strength Index)
5. Stochatic Oscillator
6. Moving Average of  Oscillator (OsMA)

Dan antara tool-tools yg dipakai adalah....

1. Trendline
2. Fibonacci Retracement
3. Fibonacci Expantion
4. Fibonacci Extention

ok... Setakat itu sahaja ringkasan utk teknikal analisis...
Jom ke fundamental analisis pula...


FUNDAMENTAL ANALISIS


fundamental analisis adalah cara menganalisa yg merujuk lebih kepada berita samada laporan ekonomi, keadaan sosial dan politik atau pengumuman tarif-tarif baru dlm sesebuah syarikat/negara....
anda boleh merujuk berita-berita tersebut di...

1. www.forexfactory.com
2. Bloomberg
3. CNBC
4. www.forbes.com (breakin news)
5. Reuters Business & Finance
6. Business week
7. Financial Times
8. CNNMoney

Secara teorinya, penggunaan teknik ni amat mengelirukan... sebab apa? sebabnya jangkaan penyalur-penyalur maklumat ini bercanggah sehinggalah berita itu benar-benar diumum...

Jadi, nasihat tok jgn lah trade membuta tuli waktu-waktu news... Rajin-rajin lah cari information
atau, tunggu waktu news betul-betul dah release... Jgn ikut jangkaan (forecast) diorg... Ikut fakta yg sebenar..

Utk memudah kan anda, tok sediakan jenis-jenis news yg boleh merubah trend semasa market...





    ANTARA NEWS YANG MEMBERI IMPAK BESAR



    USD
    • Non-farm employment change (NFP) 
    • Gross Domestic Product (GDP) 
    • Retail Sales 
    • Consumer Price Index (CPI) 
    • Personal Consumption Expenditure 
    • University of Michigan Consumer Sentiment 

    EURO
    • Gross Domestic Product (GDP) 
    • Consumer Price Index (CPI) 
    • Employment Change 
    • German Industrial Production 
    • Budget Deficits 

    GBP
    • Unemployment Rate 
    • Consumer Price Index (CPI) 
    • Gross Domestic Product (GDP) 
    • Purchasing Managers Index (PMI) 
    • Gfk Consumer Confidence report 

    JPY
    • Gross Domestic Productt 
    • Tankan Surveys
    • Unemployment Rate
    • Consumer Price Index (CPI)
    • Core Machinery Orders


    CHF
    • Gross Domestic Product (GDP)
    • Retail sales 
    • Consumer Price Index (CPI) 
    • Balance of Trade


    AUD
    • Consumer Price Index  (CPI)
    • Balance of Trade
    • Gross Domestic Product (GDP)
    • Unemployment Rate


    NZD
    • Gross Domestic Product (GDP)
    • Consumer Price Index (CPI)
    • Balance of Trade


    CAD
    • Consumer Price Index (CPI)
    • Gross Domestic Product (GDP) 
    • Trade Balance 
    • Ivey Purchasing Mangers' Index (PMI)


    Setakat ini sahaja la tok nak kongsikan fasal fundamental analisis... jom kita belek-belek fasal....


    SENTIMENT ANALISIS



    Kenapa kita perlukan sentiment analisis ni? sedangkan kita dah ada dua jenis analisis yg hebat?
    Hebat ke? fikir-fikir semula....

    Dlm pasaran forex, diakui memang banyak yg menggunakan teknikal analisis... x kurang juga yg lebih pada -fundamental... tapi sejauh mana apa yg kita ramalkan tu benar-benar betul?? 

    inilah masalah dlm apa jua pasaran... x kira forex, cfd ataupun future... semua trader ada pandangan masing-masing... Walau apa pun pandangan anda, anda x kan boleh mengubah arah market... melainkan anda adalah Warren Buffet atau George Soros... Hahaha 

    Jadi apa yg tok nak beritahu, TRADE IKUT TREND... TREND IS YOUR FRIEND 
    itulah sentimen nya.... 


    Sekian utk kali ni.... Semoga kita dilapangkan dada, diluaskan ilmu dan dikurniakan rezeki darinya... amin...

    Salam...

    -TokJanggutFX