Get InstaForex 100% Rebate by Register with VersatileFX now !!!

Trade mengunakan Candlestick 2

Dari Trade mengunakan Candlestick 1, kita bersambung lagi tentang bentuk bentuk penting CS dalam dalam market.

Dalam pembelajaran lepas, kita dah mengenal Doji, Spinning Tops, Marubuzo, Hanging Man dan Hammer.
Hari ni kita akan mengenal beberapa bentuk bentuk lain pula.
Mari kita mulakan...


INVERTED HAMMER


Bentuknya sama seperti Hammer, tapi CS ini berbentuk seperti Hammer terbalik
Sesuai dgn namanya... INVERTED HAMMER membawa "tukul terbalik"




CS ini kerap dijumpai ketika downtrend kehabisan momentum atau mungkin price telah berada di strong support level.

Shadow panjang diatas menandakan buyer cuba membuat market beralih trend dari downtrend ke uptrend, namun seller seperti tidak mahu mengalah dan cuba menentang. Dan apa yg dapat kita lihat, buyer menang tipis di akhir jam tersebut.


Oleh kerana pihak seller tidak dapat membuat CS menutup lebih rendah, ini menandakan pihak buyer telah mengatasi seller. Situasi ini memberitahu kita trend akan berubah di jam berikutnya...


Satu lagu CS yg bentuknya hampir sama, namun CS ini dijumpai di uptrend dan memberi tanda kemungkinan berlakunya reversal.


SHOOTING STAR



Bentuknya sama seperti Inverted Hammer, tapi CS ini close dlm bentuk sell.
CS ini digelar Shooting Star kerana ia menandakan price akan terhempas ke bawah.
Shooting Star membawa maksud "tahi bintang" dan seperti kita tahu, ia pasti terhempas dimana mana planet.



Apa yg berlaku dlm market diatas?

1. Buyer cuba membawa price ke level yg lebih tinggi.
2. Namun, seller memasuki pasaran dan mengagalkan buyer utk berbuat demikian.
3. Di waktu penutup, seller mengalahkan buyer. Dan pasaran di kuasai pihak seller.

Ok.. Rasenye setakat tu je untuk arini... Lepas ni kita belajar lagi tentang CS...
Jumpa lagi di Dual Candlestick Pattern


Salam..