Get InstaForex 100% Rebate by Register with VersatileFX now !!!

Trade mengunakan Candlestick 1

Japanese candlestick

Oleh kerana tok malas nak bermukadimah panjang panjang, maka hari ni tok nak terus jump ke bab bentuk bentuk candlestick (CS)....
Rasanya semua traders di sini dah tau pasal asas CS ni... so rasenye xperlu la tok nak cerita pasal body, shadow, open, high, low dan close... Ape yg tok nak cerita, tentang bentuk bentuk yg agak pentingnya dlm market.... Ilmu ni amat berguna dlm mengesan kemungkinan berlakunya reverse market....

So, mari kita mulakan...

Seperti namanya, CS digunakan oleh orang orang Jepun satu masa dahulu dlm urusniaga perdagangan beras.
Teknik ini kemudianya di perkenalkan oleh Steve Nison. Dalam tahun 90' teknik ini mula popular dan diaplikasi dlm graft2 market harini...


Jom lihat contoh Japanese candlestick



Mesti anda terfikir kan? benda mcm ni pun nak cerita ke? semua orang tau laaaa...

Baiklah...  Sebenarnya apa yg tok nak cerita berkisar "POWER OF CANDLESTICK FORMATION"
Dlm chart, kita selalunya bergantung kepada pelbagai indicators, pattern atau apa sahaja teori.
Tapi jgn lupa, CS juga adalah sebahagian daripada indicator. Malah, CS adalah indicator utama yg anda guna setiap hari! Dgn melihat bentuk CS, kita boleh tau apa sebenarnya yg sedang berlaku dlm market.

Untuk pembelajaran yg pertama, mari kita lihat contoh DOJI formation

CS membuat lower shadow yg panjang dan close di open price jam yg sama

Apa sebenarnya yg berlaku?
Dalam rajah diatas, kita dapat lihat bahawa market turun dgn lajunya sehingga membentuk sell trend yg amat kuat. Namun disaat akhir jam tersebut tanpa kita tau sebabnya, buyer memasuki pasaran dan membuat price berpatah balik dan close di open price jam tersebut. Ini menandakan buyer telah mengambil posisi dan cuba mengambil alih arah pasaran. Dan mereka berjaya menguasainya buy trend di jam berikutnya.

Kesimpulanya disini, apabila anda terlihat CS yg bodynya pendek tetapi panjang shadow nya, maka berhati hati lah.. Ini menandakan pesaing trend bakal menguasai atau cuba merubah trend.


Berikut adalah bentuk2 lain bagi doji



Selain dari bentuk ini, doji juga wujud dlm bentuk sebegini


Rajah diatas memberitahu kita bahawa trend semasa adalah buy, namun tiba-tiba price seolah olah tidak mahu meneruskan uptrend lagi... Kenapa ini berlaku? 

1. Price telah mencecah ke zon Resistance
2. Buyer bertindak mengambil untung disaat harga sedang tinggi
3. Berita

dan macam lagi punca yg tidak kita ketahui...

Apa yg boleh kita jangkakan dlm situasi diatas?

1. Uptrend telah kehilangan momentum
2. Buyer mengambil untung
3. Kemungkinan seller mengambil alih trend

Jadi, gunakan peluang sebaik2 mungkin bila anda terjumpa tanda2 ini di level2 penting tersebut.
Pastikan candle sell menutup di bawah open candle buy tadi sebelum memasuki pasaran.


Lain-lain bentuk CS


Spinning Tops

sifatnya berbadan kecil, shadow atas dan bawah hampir sama panjang
CS ini menandakan Buyer dan Seller bersaing, namun berakhir dgn "seri"



Jika anda menjumpai tanda ini di uptrend, ini bermaksud buyer semakin berkurangan dan kemungkinan utk market menjunam wujud.Begitu juga sebaliknya bagi downtrend.


Marubuzo


CS ini terbentuk tanpa shadow atas atau bawah. Menandakan market masih kuat mengikuti CS ini.









Hanging Man

CS ini menandakan buyer semakin berkurangan utk meneruskan momentum.








Kriteria:
  • Lower shadow yg 2 atau 3 kali lebih panjang dari body
  • Tiada atau hanya ada sedikit sahaja upper shadow
  • Close di swing high atau di resistance level
  • CS bull atau bear tidak penting. Yg penting hanyalah bentuknya

Hanging Man




Hammer

CS ini menandakan seller semakin berkurangan utk meneruskan momentum.






Kriteria:
  • Lower shadow yg 2 atau 3 kali lebih panjang dari body
  • Tiada atau hanya ada sedikit sahaja upper shadow
  • Close di swing low atau di support level
  • CS bull atau bear tidak penting. Yg penting hanyalah bentuknya.

    Hammer

    Bila anda terjumpa Hanging man atau Hammer, tidak bermakna anda akan selamat apabila memasuki market.
    Cari lebih banyak confirmation sebelum anda bertindak memasuki market. Please play safe.. Hahaha..

    Kita akan menyambung topik ini di Trade mengunakan Candlestick 2