Get InstaForex 100% Rebate by Register with VersatileFX now !!!

Elliott Wave's

Sebelum anda belajar tentang elliott wave ni, ada lebih baiknya ada ambil tau apa itu FRACTALS


Sebenarnya tok pun tak pandai utk menerangkan etinya. Tapi tok cuba juga.. Mudah mudahan anda faham. insyallah...

"umpama mimpi dalam mimpi"

Itulah yg tok rase sesuai utk digambarkan. Fractals wujud dari sesuatu bentuk kecil yg kemudian digabungkan lalu menjadi sesuatu "benda" yg besar. Contoh contoh benda sekeliling kita yg mempunyai sifat fractal adalah:

Perhatikan bentuknya.. Satu objek besar, tapi boleh terbahagi dalam banyak bahagian.


 Dalam Elliott Wave (EW) pula, fractals terbentuk dlm satu trend yg dipanggil sub-wave.  Pengasasnya, Mr.Elliot mendapati pergerakan dlm trend terbahagi kepada beberapa wave. Ianya dipanggil 5-3 wave.

5 membawa maksud terdapat 5 (1,2,3,4 dan 5) gelombang wujud yg dipanggil IMPULSE WAVE
3 pula merujuk pada gelombang yg terjadi selepas sempurnanya impulse wave. 3 gelombang ini (A,B dan C) dipanggil sebagai CORRECTIVE WAVE



IMPULSE  WAVE


Berikut adalah contoh IMPULSE WAVE



Rajah diatas menunjukan maerket bergerak ke arah uptrend dan merembentuk 5 gelombang yg kita sebut IMPULSE. Jika market ke arah dowtrend, maka ianya bersifat berlawan dari contoh diatas.

Mari kita ambil contoh situasi yg berlaku dlm situasi diatas. Dalam contoh ini, bayangkan kita sedang melihat carta emas atau XAUD/USD

Wave1
Pada ketika ini, harga emas telah jatuh ke paras terendah. Traders seluruh dunia melihat keadaan ini adalah peluang utk membeli kerana harganya yg sedang murah. Dan situasi ini menyebabkan harga naik sedikit.

Wave2
Apabila harga telah meningkat tinggi, para buyers tadi mengambil keputusan utk close position (pengambilan untung) disini. Dan ini menyebabkan harga jatuh semula.

Wave3
Apabila pengambilan untung berlaku, ianya pasti menarik perhatian ramai. Dan pastinya emas akan menarik lebih ramai pelabur. Di sini, ramai pelabur mula memasuki pasaran dan situasi ini menyebabkan harga melonjak agak tinggi dari wave1.


Wave4
Emas meninggkat tinggi semula, ramai pelabur mengambil untung disini. Market kelihatan seperti melemah semula. Namun hakikatnya, masih ramai lagi yg bertahan dan menanti untuk membeli sekali lagi di apabila harganya murah kembali. Seperti di wave2, pengambilan untung pastinya menarik perhatian.

Wave5
Diketika ini, harga emas telah menjadi tajuk hangat di akhbar, tv ataupun di FB...
Situasi ini menyebabkan ramai yg histeria dan tamak. Mereka membeli walaupun harganya telah pun menjadi agak mahal ketika ini. Para trader yg profesional pula bersikap bertahan kerana prinsip mereka yg hanya membeli ketika harga rendah. Tidak seperti wave3, wave5 lebih pendek gelombangya kerana tidak ramai yg membeli berikutan harga emas yg kian mahal. Dan dipenghujung wave5, pengambilan untung berlaku secara besar besaran. Ini menyebabkan price kembali jatuh dan membentuk CORRECTIVE WAVE


FAKTA YG PERLU ANDA TAHU

*Pendapat asal Mr. Elliott, wave5 boleh menjadi lebih panjang daripada wave3. Namun pada hari ini ia jarang berlaku. Malah, sepanjang tok menceburi bidang forex, belum pernah lagi tok terjumpa wave5 yg lebih panjang dari wave3. Hal ini mungkin merubah prinsipal asal Mr. Elliott kerana pendapat majoriti traders hari ini yg menganggap bahawa wave3 adalah yg terpanjang ... Wallah hu alam..

*Wave3 biasanya terbentuk agak panjang, mendadak (pergerakan yg agak drastik) dan berlaku lanjutan harga (extended)

*Wave2 dan wave4 biasanya retrace di level Fibonacci Retracement



Prinsipal utama Elliott Wave (Perkara yg membatalkan kitaran EW)


*Wave2 TIDAK BOLEH melepasi permulaan Wave1
*Wave3 adalah yg TERPANJANG diantara impulse wave
*Wave4 TIDAK BOLEH melepasi harga Wave1

Prisipal Utama tidak boleh dilanggar, ada juga perkara yg tidak membatalkan


Perkara yg tidak membatalkan Elliott Wave


Extention (lanjutan)




Extesion juga dikenali sebagai 1-9 waves. Disebalik sempurnanya wave5, terdapat 9 wave yg terbentuk didalamnya. Biasanya gelombang extension ini boleh dijumpai dlm pembentukan wave3. Namun adakala ia juga boleh didapati di wave1 atau 5. Dalam kes ini, agak sukar utk kita menentukan  dimana sebenarnya extension (lanjutan) wave berlaku.



Truncation (pemotongan)


Seperti yg dibicarakan sebelum ini, wave5 akan membentuk gelombang yg agak pendek kerana harga semasanya yg kian mahal. Jadi, tidak mustahil jika wave5 berakhir di paras tertinggi wave3. Hal ini tidak membatalkan kiraan EW.

Truncation di wave5


Alteration 




Dalam IMPULSE WAVE, wave2 dan wave4 kerap membuat alteration (perubahan) antara dua jenis corrective wave iaitu sharp retracement dan flat retracement.


Alteration (perubahan) yg berlaku dalam IMPULSE wave





CORRECTIVE WAVE

Corrective wave adalah tiga gelombang yg wujud selepas wave5 sempurna kitaranya. Ia dilabel sebagai A,B dan C


A,B dan C adalah corrective wave

Rajah diatas menunjukan corretive wave terbentuk dalam formasi zig-zag. Dalam formasi ini, wave B lebih pendek dari A atau C. Terdapat juga corrective wave yg terbentuk dlm formasi lain. Antaranya:


FLATS (MENDATAR)


Flats (mendatar)

Biasanya waves yg wujud terbentuk dlm panjang yg sama. Tetapi terdapat juga wave B yg menjagkau melebihi permulaan wave A.


TRIANGLES




Di sini ada sedikit kelainan pada pattern corrective ini. Triangles adalah corrective pattern yg terikat oleh konvergen atau divergence (menyimpang) trend. Triangle terdiri dari 5-gelombang yang bergerak melawan trend dengan cara membuat gelombang yg semakin mengecil. Triangles terdapat symmetrical, descending (menurun), ascending (menaik) dan expanding (melebar/mengembang).


Contoh lain triangles












TRADE DGN ELLIOTT WAVE'S




Senario 1


Di seksen ini, kita kan membincangkan cara mencari setup dgn Elliott Wave.
Dalam contoh ini, kita akan bermula dari wave1 dan mencari peluang buy di corretive wave2.



Dalam chart diatas, price telah menyempurnakan wave1 dan sedang dalam proses menyempurnakan kitaranya. Jangan lupa prinsipal utama EW iaitu:

*Wave2 tidak boleh melepasi permulaan wave1

*Wave2 dan wave4 biasanya retrace di level Fibonacci Retracement


Maka, gunakan fibo retracement tools seperti yg telah diajarkan sebelum ini utk mencari peluang buy di wave3.


Walaupun EW mempunyai entri yg sangat bagus, namu anda harus menjaga modal anda. Jangan lupa letakan stoploss di level 100.0 atau permulaan wave1. Ini kerana prinsipal utama EW juga menetapkan bahawa wave2 tidak akan melepasi permulaan wave1. Jika ia berlaku, maka kiraan kitaran ini dikira salah atau batal.

Sekarang mari kita lihat apa yg berlaku.



Yeahhh... Price retrace di level 50.0 dan terus membuat wave3 yg panjang. Sekarang mari kita lihat contoh lain.



Senario 2


Sekarang mari kita lihat contoh setup utk perkiraan semula IMPULSE WAVE
Kita akan melihat contoh flat formation atau sideway yg menandakan permulaan wave seterusnya dlm bentuk berlanjutan (exension).



Price sedang telah menyempurnakan sub-wave ii dalam bentuk sideway. Mengikut perkiraan, selepas sub-wave ii sempurna kitaranya, price akan meneruskan downtrend utk menyempunakan sub-wave iii.

Entry di sub-wave ii dan stoploss di letakan tinggi sedikit dari paras tertinggi wave4

Jangan lupa stoploss!! Ingat, Elliott waves trading bersifat subjektif. Maka jangan lupa untuk meletakan stoploss.




And thats is my happy ending... Mungkin juga anda...

Ok.. Sebelum tok tamatkan post ni, sekali lagi tok nak ingatkan perkara perkara penting dlm teori elliott waves ni...

* Elliott waves bersifat fractals. Membawa maksud bahawa didalam setiap wave, pasti ada wave yg lebih kecil didalamnya yg bererti:
-wave 1,3 dan 5 terbentuk dari 5 impulse wave yg lebig kecil (i,ii,iii,iv dan v)
-wave 2 dan 4 terbentuk dari  3 corretive pattern yg lebih kecil didalamnya. (a,b dan c)

* Market trending bergerak dalam bentuk 5-3 wave. 5 wave yg pertama dipanggil IMPULSE. Hanya NOMBOR (1,2,3,4 dan 5 atau i, ii, iii, iv dan v utk sub-waves) di dalam proses menandakan gelombang impulse.

* 3 wave yg melawan impulse pula dipanggil CORRECTIVE. Hanya ABJAD (A,B dan C atau a, b dan c utk sub-waves) digunakan dalam penandaan gelombang corrective.

* Terdapat 21 jenis corrective pattern yg wujud. Namun apa yg diketengahkan adalah yg biasa dilihat dan mudah difahami.

* Wave 1,3 dan 5 boleh berlanjutan (extended). Wave 3 adalah yg paling kerap berlanjutan.

* 3 perkara asas EW adalah (YG PERLU ANDA INGAT!!!)
- wave3 tidak boleh terpendek diantara impulse wave
- wave2  tidak boleh melepasi permualaan wave1
- wave4 tidak boleh melepasi atau sama dgn wave1

Akhir kata dari tok, rajin rajin lah tengok chart. korang pasti akan nampak price ni sebenarnya bergerak dlm waves. Cuma pergerakanya sahaja yg tak tersusun. Jadi, perbanyakan buat latihan. Satu hari anda korang pasti akan dapat menagkap wave dgn sekali imbas sahaja... Gunakan Fibo tools atau PIVOT POINT bagi mendapatkan ketepatan entry atau setidak tidaknya keyakinan diri.. Percayalah...

Salam...