Bertemu lagi kita di topik Kombinasi Fibo dan Candlestick
Sebelum ini kita pernah belajar tentang gabungaan fibo, support & resistance dan juga trendlines.
Gabungan teknik teknik ini amat mudah dan boleh dikatakan agak tepat. Namun, ada satu lagi teknik yg agak memuaskan utk kita gabungkan lagi. Tekniknya ini agak asas, namun ramai yg melupakannya.
CANDLESTICK PATTERN
Anda ingat lagi asas candlestick pattern? Kalau ingat, alhamdulliah... Kalau tidak, sila rujuk semula di bahagian berkenaan.
Untuk tidak membuang masa lagi, mari kita mulakan.
Dalam mencari entry yg bagus, apa yg perlu kita buat adalah mencari CS yg mempunyai ciri ciri kehilangan momentum atau di sebut "kehabisan minyak" oleh kebanyakan traders di Malaysia.
Berikut adalah contoh trade menggunakan Kombinasi Fibo dan Candlestick
Rajah diatas menunjukan kita berada dlm market downtrend. Seperti biasa, guna fibo retracement dan tarik dari swing high ke swing low. |
Price menaik lagi dan cuba menembusi level 61.8 namun gagal di saat akhir. Doji terbentuk apabila wujud saingan dari pihak seller. |
Potensi utk sell wujud. Namun, harus di ingat setiap post MESTI ADA stoploss! Walaupun keadaan ini nampak memberangsangkan. Letak stoploss lebih sedikit dari level seterusnya. Dalam contoh diatas, stoploss terbaik adalah diatas sedikit dari level 74.6% (1.3165). Ingat! biar rugi sedikit, jgn rugi semuanya...
Price retrace benar benar retrace dari fibo 61.8% dan menuju ke swing low sebelumnya semula. |
Di harap anda faham apa yg di tunjukan diatas. Sila tinggalkan komen utk sebarang pertanyaan.