Get InstaForex 100% Rebate by Register with VersatileFX now !!!

Fibonacci

Fibonacci (fibo)

Apa itu Fibonacci? Fibonacci adalah satu teori metematik yg di perkenalkan oleh Leonardo Fibonacci.
Subjeknya terlalu besar hinggakan tok pun malas nak baca panjang-panjang... Ahahaha...

Namun, apa yg kita nak ceritakan adalah penggunaan fibo dalam market seharian.
Kebanyakan trader dalam dunia ni berpegang pada 2 teori fibo iaitu Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extention.

Dalam teori ini, ada nisbah yg tertentu yg menerangkan kadar semulajadi di dalam alam semesta..
Agak meragukan, tapi kebenarannya berkesan.. Nisbah2 ini dikenali sebagai SILVER RATIO


Silver ratio dikira secara menaik dari 0 dan 1. Dari 1, kita mencampurkan angka semasa dengan angka terdahulu untuk mendapatkan ratio seterusnya.

contoh: 0, 1, 1, 2, 3 ,5, 8, 13, 21, 34, 55...


Utk penerangan diatas, siri nombor ini bermula dengan 0, di ikuti 1 dan seterusnya 2. (1+1 = 2)
utk mendapatkan no seterusnya, nombor semasa (2) dicampurkan dgn no sebelumnya (1)
Maka 2 + 1 = 3


Begitulah seterusnya...
3+5 = 8
8+5 = 13
13+8 = 21
21+13 =  34
34 + 55 = 89
dan dikira berterusan..

Selain Silver Ratio, terdapat juga nisbah yg dikenali sebagai GOLDEN RATIO


Setelah mendapat nisbah tertentu dlm silver ratio, anda akan mendapat satu nisbah yg dikenali sbg GOLDEN RATIO dgn membahagikan sebarang nisbah dgn nisbah yg lebih besar dlm silver ratio.

Nisbah golden ratio utk fibo retracement yg penting dlm market adalah:
0.236, 0.382, 0.500, 0.618
Manakala utk fibo extention pula adalah:
1.382, 1.618

Contoh: 34 dibahagi dgn 55 = 0.618

Dan jika anda mengira antara nisbah alternatif, anda akan mendapat nisbah Golden ratio yg lain pula.
Contoh: 34 dibahagikan 89 = 0.382

Sebenarnya anda tidak memerlukan kalkulator utk mengira semua ini kerana dlm "fibo tools" disediakan dlm kebanyakan trading platform. Apa yg ada perlukan hanyalah penggunaan yg betul.

Apa yg diajar dlm post ni hanyalah basic. Kerana trader-trader seluruh dunia menggunakan fibo retracement utk mencari potensi paras Suppport atau Resistance.

Dan yg lebih misteri terdapat dlm SILVER RATIO. Perkara ini akan tok terangkan di masa akan datang, Insyaallah...


CARA MENGGUNAKAN FIBO RETRACEMENT/ EXTENTION


Video ini mungkin berguna utk anda mempelajari bagaimana utk mengaplikasikan fibonacci retracement.



Mencari peluang buy


















1. Lihat trend.. Ingat! TREND IS OUR FRIEND.. Dalam rajah diatas, price sedang membuat uptrend

2. Click kat "Fibonacci Retracement"


3. Tarik Fibo dari A (swing low) ke B (swing high)

4. Tunggu price menyentuh level 50.0 atau 61.8
    Kebiasaanya price akan retrace dari 61.8 namun, 50.0 juga adalah strong level. Buy di salah satu level ini.

5. Take Profit ikut ketamakan masing-masing.. Hahaha


Mencari peluang sell




1. Sama dgn cara buy tadi, cuma trendnya berlawanan.. kali ni kita cari downtrend..

2. Masih sama dgn cara diatas.

3. Tarik dari atas  A (swing high) ke bawah B (swing low)

4. Tunggu price mencecah zon 50.0 atau 61.8.


HASILNYA.....





Waauuuuu.....

Price retrace di 50.0 dan terus jatuh mencecah ke downtrend lines.


Dan ingat, walaupun Fibo tools selalunya tepat, terkadang ada juga gagalnya... Jadi, jgn lupa letak Stop Loss setiap kali anda trade...


Masalah Fibonacci Retracement


Dibawah ini adalah contoh apabila adengan Fibo Retracement yg tak ingin kita lihat (termasuk lah tok)


Chart diatas menunjukan market berada dlm uptrend. Seperti biasa, fibo tools diguna utk mencari peluang sell.
Dalam rajah diatas, kita nampak price seolah olah bertahan di zon 50.0. Sudah pastinya kita akan menjangkan price akan turun dari sini. Namun apa yg berlaku?


Price tidak retrace di zon 50.0 atau 61.8 dan terus melepasi swing high.

Kesimpulanya di sini gunakan fibo sebaik-baik mungkin. Walaupun fibo tools selalu memberi tanda retacement yg jelas, kegagalan pasti boleh berlaku juga. Kita tidak akan tau dimana sebenarnya price akan retrace. Mungkin di 38.2? 50.0? atau 61.8?

Masalah ini mungkin disebabkan sentiment pelabur itu sendiri. Ini kerana traders melihat dari sudut berbeza.
Ada yg menggunakan timeframe berlainan, ada juga yg melihat swing high atau low berlainan.

Apa yg penting adalah kesabaran. Jgn sesekali masuk market jika anda merasakan x cukup jelas dgn trend semasa. Dan jgn sesekali MAIN TEKA TEKA je...

Sekian utk kali ini, jumpa lagi di topik KOMBINASI FIBO DAN SUPPORT & RESISTANCE


Salam..